≡ Menu

10 Tips Rancang Perkahwinan

  • Murah Giler barang-barang ni Jom Tengok dulu !!
  • 10 TIPS RANCANG PERKAHWINAN

     

    1. KENALPASTI BAJET YANG DISEDIAKAN UTK MAJLIS PERKAHWINAN
    Rancanglah majlis yang sesuai ngan bajet yang ada. Jgn keterlaluan dan lupa diri sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang. ‘Ukurlah baju di badan sendiri’

    2. MOHON CUTI SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU LEBIH AWAL
    Sebelum itu, maklumkan tentang perkahwinan anda kepada majikan/ketua anda. Paling penting siapkan segala kerja yang telah dimulakan. Ia agar tiada pihak yang rasa terbeban sementara anda bergembira membuat persiapan.

    3. HAL MENGISI DOKUMEN PERKAHWINAN
    Perkara ini sering dipandang enteng oleh bakal pengantin sedangkan ia adalah perkara terpenting. Oleh itu anda haruslah mengisi dan menghantarnya kpd pihak berwajib lebih awal. Pastinya anda tidak perlu berkejar2 utk pulang ke kampung pd saat-saat akhir.

    4. TEMPAHAN KAD JEMPUTAN
    Setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai tarikh perkahwinan, anda seharusnya tidak membuang masa dan terus menempah kad. Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan harga dan reka bentuk yang diinginkan. Jgn lupa menyenaraikan nama jemputan dan bilangannyaagar tidak menempah kuantiti kad yang berlebihan.

    5. TEMPAHAN KHIDMAT FOTOGRAFI
    Kenangan manis perkahwinan pasti dikenang seumur hidup. Tempahlah khidmat fotografi lebih awal agar anda boleh mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang ini. Pada masa yang sama mengelakkan diri dicaj lebih mahal kerana membuat tempahan pada saat2 akhir.

    6. PILIHAN BAJU PENGANTIN DAN PILIHAN MAK ANDAM
    Anda akan mempunyai pilihan yang lebih banyak dan berpeluang mendapatkan pakaian yang tercantik. Paling menarik anda mempunyai masa utk mencari butik dan harga mengikut bajet. Penampilan anda pada hari istimewa pasti lebih anggun dengan adanya sentuhan mak andam. Jika bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran.

    7. WALI DAN SAKSI YANG SAH
    Tanpa wali dan saksi yang sah, majlis perkahwinan tidak dapat dilangsungkan dengan lancar. Bakal pengantin perempuan haruslah memastikan kedua-dua pihak ini bersedia dan sedia maklum akan tarikh dan masanya. Jgn biarkan kesilapan komunikasi menjejaskan majlis perkahwinan anda.

    8. INSURANS SEBAGAI JAMINAN
    Ramai tidak menyedari kepentingan insurans dalam situasi sebegini. Tidak salah jika anda mengambil insurans sebagai satu jaminan. Maklumlah malang tidak berbau. Andainya anda ditimpa musibah, perancangan yang telah dilakukan tidak lebur begitu sahaja. Anda boleh mendapatkan tuntutan dan tidak perlu menangguhkan majlis yang telah lama dirancang.

    9. UJIAN SARINGAN HIV
    Beberapa negeri telah mewajibkan bakal pasangan pengantin menjalani ujian saringan HIV. Jika anda berasal dari negeri berkenaan, setkan hari yang sesuai untuk mengambilnya. Jgn lakukan pada saat yang genting kerana byk prosedur yang perlu diikuti sebelum mendapat keputusan.

    10. GAYA PENAMPILAN BERSERI
    Bagi tampil berseri-seri pada hari berbahagia, bakal pengantin perempuan haruslah mendapatkan rawatan kesihatan dan kecantikan di spa. Pelbagai pakej yang disediakan dan anda boleh memilih mengikut kemampuan masing2. Rawatan ini boleh menambah keyakinan anda utk berdepan dengan para jemputan pada hari bersejarah itu.

    Comments

    comments

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.