≡ Menu

20 Perkara Perempuan Benci

  • Murah Giler barang-barang ni Jom Tengok dulu !!
  • 20 PERKARA PEREMPUAN BENCI

    1. MENINGGIKAN SUARA
    Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

    2. MENGONGKONG
    Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
    nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
    pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
    sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
    mereka… macammana tu?

    3. CEMBURU BUTA
    Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
    dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
    yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
    kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
    Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
    seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
    sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

    4. PANAS BARAN
    Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
    apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
    dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
    sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
    lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
    terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
    janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
    bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
    setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
    Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

    5. KAKI MEROKOK
    Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
    sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
    adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
    berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
    menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
    juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
    Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
    dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
    mereka membazirkan duit dengan merokok.

    6. EGO
    Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
    dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
    menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
    mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
    kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
    Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

    7. MENIPU
    Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
    yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
    mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
    mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
    berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
    kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
    berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
    kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

    8. MAIN KAYU TIGA
    Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
    mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
    tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

    9. SUKA ‘CUCI MATA’
    Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
    perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
    sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
    salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
    cik abang!

    10. PERASAN
    Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
    berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
    Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
    mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
    mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
    paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
    suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

    11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
    Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
    selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
    tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
    kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
    egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
    diguna pakai.

    12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
    Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
    perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
    berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
    berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
    Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
    jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
    kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
    dimanjakan.

    13. MATA DUITAN
    Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
    spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
    yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
    perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
    yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
    lelaki hilang pulak?!!

    14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
    Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
    kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
    diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
    dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
    lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
    bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
    menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
    ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

    15. PENGOTOR
    Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
    pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
    Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
    berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
    badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
    segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
    lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

    16. GELOJOH
    Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
    lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
    tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
    Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
    Buat apa terkejar-kejar?

    17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
    Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
    ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
    mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
    jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
    wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
    kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
    pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
    bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
    mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
    anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
    demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
    anda pula.

    18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
    Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
    perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
    walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
    terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
    sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
    tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
    yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
    seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
    setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

    19. PUTAR BELIT
    Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
    sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
    mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
    terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
    pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
    akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
    nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
    Jujurlah pada pasangan anda.

    20. SUKA KONTROL MACHO
    Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
    Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
    Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
    dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
    wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
    rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
    semacho yang disangkakan, tak guna juga!

    Comments

    comments

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.