≡ Menu

Adab Bermasyarakat Adalah Sebahagian Daripada Agama

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hendaklah disedari sekarang bahawa adab bermasyarakat adalah sebahagian daripada agama yang tidak boleh dipisahkan. Seorang Islam yang sempurna ialah yang dapat melaksanakan segala bahagian agama. Di dalam segala segi dia hendaklah bertingkah laku sebagai seorang Islam. Tidak boleh menyerupai orang-orang kafir.

Orang ramai secara amnya menganggap bahawa muamalat dan muasyarat (kemasyarakatan) terkeluar daripada bidang agama. Sungguh memeranjatkan jika seorang itu menganggap urusannya dan adab kemasyarakatannya di luar batasan hukum Allah, tetapi pada ketika yang sama beliau mengakui bahawa urusan-urusannya serta adab kemasyarakatannya dikuasai oleh undang-undang kerajaan duniawi. Seorang pun tidak berani memberitahu pihak berkuasa negara bahawa kerajaan tidak ada hak untuk mengganggu di dalam urusan perniagaan dan perniagaan peribadi dan sebagainya. Namun orang ramai lebih bersedia untuk tunduk kepada hukum-hukum dan sekatan-sekatan kerajaan terhadap perdagangan dan perniagaan mereka dan sebagainya.

Adab kemasyarakatan yang indah lebih penting  daripada            urusan perniagaan

 

 

Keperluan untuk memerhatikan muasyarat yang baik lebih penting daripada muamalat. Perbaikan di dalam muamalat memastikan perlindungan harta benda sedangkan Husni-Muasyarat (adab yang indah terhadap orang lain) memastikan perlindungan hati orang-orang Islam. Adalah jelas bahawa kedudukan hati adalah terlebih tinggi daripada kedudukan kekayaan harta benda. Di dalam hal perbaikan, muasyarat adalah juga merupakan usaha melindungi kehormatan dan nama baik orang lain. Selepas perlindungan terhadap iman, maka mempertahankan kehormatan dan nama baik juga merupakan hal yang tersangat penting. Manusia lebih rela dan bersedia untuk berkorban segala-galanya untuk mempertahankan kehormatannya. Pada ketika Hujjatul-Wida Rasulullah s.a.w. telah rnengisytiharkan tentang kesucian darah, maruah dan harta orang-orang Islam. Sehinggalah pada hari kiamat maruah dan nama baik orang-orang beriman diisytiharkan suci. Kesucian ini tidak boleh dicemar.

 

Muasyarat secara Islam adalah tersendiri

Muasyarat (adab bermasyarakat) di dalam Islam tidak ada tolok bandingnya. Tidak perlu sama sekali orang-orang Islam meniru tingkahlaku orang-orang lain. Muasyarat tidak harus dikelirukan dengan gaya yang angkuh dan dengan gaya pemilikan harta benda untuk kebanggaan dan untuk tonjolan – Takbur dan angkuh membinasakan akan muasyarat. Orang yang takbur berhasrat untuk menjadi lebih daripada orang lain. Maka dia tidak akan membuat urusan dengan orang lain dengan rasa simpati dan adil. Pengajaran Islam mengenai muasyarat amat bertentangan dengan itu. Islam menanamkan sifat tawaduk. Tanpa sifat tawaduk, maka rasa simpati dan perpaduan (persefahaman) tidak mungkin tercapai. Pada hakikatnya inilah asas yang menegakkan muasyarat. Muasyarat yang sebenar pada hakikatnya adalah Islam.

Misalnya adab Islam terhadap mengambil makanan dan minuman. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan adab ini dengan perkataan dan amalan. Maka baginda bersabda: “Daku makan seperti hamba”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Adab mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika makan ialah dengan cara duduk yang penuh rendah diri dengan keadaan badannya bongkok. Baginda akan makan secepat-cepatnya dengan penuh selera. Tetapi kita makan bertentangan dengan itu, dengan penuh angkuh dan gaya. Tidak ada tanda tawaduk sewaktu kita makan. Gaya adab yang angkuh ini adalah hasil daripada hakikat (hidup) yang tersembunyi di dalam diri kita. Apabila hakikat itu terserlah kepada seseorang dan dia sedar bahawa apa sahaja yang dia makan adalah datang daripada “Istana Raja” daripada raja-raja (Ahkamul Hakimin) dan Dia melihat setiap daripada perbuatan kita, maka secara sendirinya dia akan melakukan adab Rasulullah s.a.w. yang tawaduk itu. Apabila kebesaran Ilahi bertakhta di dalam hati, maka ke semua peringkat-peringkat seterusnya akan dilalui dengan mudahnya. Namun kita tidak mempunyai kebolehan untuk sedar bahawa Allah Taala sedang dan sentiasa memerhatikan kita, Dia melihat segala perbuatan kita. Dan sekarang ini bilamana Islam mempunyai adab muasyarat yang sempurna maka apa perlunya kita orang-orang Islam melihat penuh curiga kepada yang lain? Maruah, kehormatan diri dan dakwaan mengenai ketinggian agama kita, menghendaki bahawa walaupun muasyarat kita tidak lengkap (sebagai andaian), maka itupun kita jangan menyorotkan penglihatan kita kepada budaya-budaya lain. Kain cadar kita yang tua dan bertampung-tampung itu terlebih baik daripada selepang yang dipinjam daripada orang lain.

 

Muasyarat secara Islam dan muasyarat secara bukan Islam                     – suatu perbandingan

Walaupun di dalam berpakaian, saudara-saudara kita telah mengambil cara dan adab orang-orang asing, namun tidak ada satu budaya pun yang dapat menandingi cara berpakaian di dalam Islam. Banyak sangat peraturan dan batasan yang dikenakan dalam hal gaya berpakaian orang-orang bukan Islam dianggap bersifat liberal dan seringkali melaungkan cogankata kebebasan. Tetapi pada keadaan sebenar mereka dibelenggu oleh sekatan- sekatan di dalam hal berpakaian dan cara makan. Sedangkan berpakaian dan makan secara Islam adalah sederhana, sebaliknya gaya orang-orang bukan Islam mempunyai banyak adab-adab yang mengongkong. Sesungguhnya gaya-gaya mereka tepati itu sebagai penjara kepada orang-orang yang terpenjara di dalam peraturan-peraturan adat yang berselirat berhubung dengan gaya pakaian dan gaya makan.

Di dalam kesederhanaan terdapat keberkatan yang sangat menakjubkan. Orang yang sederhana terselamat daripada begitu banyak kesukaran dan kesempitan. Keangkuhan dan kepura-puraan mengakibatkan berbagai-bagai kesusahan. Sebaliknya kedapatan kemanisan dan keselesaan di dalam kesederhanaan. Sementara setiap orang berhasrat untuk menjalani gaya hidup yang sederhana, namun perasaan bangga dan fikiran takut dihina bermain-main di hati mereka sehingga menghalangi mereka mengambil gaya hidup yang sederhana.

Perbaikan di dalam muasyarat adalah amat dituntut kerana ia merupakan cabangan yang penting di dalam agama. Sebagaimana solat dan puasa itu fardhu, begitulah juga muasyarat menjadi suatu kewajipan. Sekarang ini, muasyarat langsung tidak dikirakan sebahagian daripada agama (Din) sedangkan di dalam hadis begitu banyak bab yang telah disusun mengenai bidang hidup ini.

Adab muasyarat terus menerus lenyap setiap hari walaupun ini merupakan perjalanan tabii. Namun, pengislahan (perbaikan) telah lenyap daripada hati manusia. Maksiat yang terbesar ialah sikap tidak ambil peduli atau lalai. Tidak ada keupayaan untuk berfikir dan bertafakur. Jika orang-orang Islam berfikir dan merenung, pandangan mereka akan tersorot ke segala arah.

0 comments… add one

Leave a Comment