≡ Menu

Hadis ketujuh ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .

[رواه البخاري ومسلم]

 

HADIS KETUJUH

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk

kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

 

HADITH 7

On the authority of Tamim Al-Dari that the Prophet, , said:

“Religion is nasihah.” We said: “To whom?” The Prophet, , said: “To Allah and His Book, and His messenger, and to the leaders of the Muslims and their common folk.”

[Muslim]

 

Kefahaman Hadis :

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!


1) Nasihah Lillah – mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi – yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk – sebagai Manhaj hidup – sesuai

sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya – agungkan

sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin – membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari

berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim – membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka

jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

 

Pengajaran hadis:


Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan

umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun

pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik

dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan

status.

Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan

beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment