PERINGATAN TENTANG SOLAT
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu atau
lebih agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak
1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja,kalau tidak
tinggal.
2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya
subuh gajah (solat ketika matahari naik).
3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya
diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu
lewat,contohnya solat zohor bila dah hampir waktu
asar,solat maghrib dah dekat waktu isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja
sahaja,hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha
(tak bangun le tu)
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun
tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima
waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat
terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di
rumah,amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid
atau surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha
menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10.Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara
berjemaah termasuklah solat subuh.
11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah
dan sebelum solat.
12.Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit
sahaja,solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh
bila balik – kampung),solat ditinggalkan, qadha
kemudian bila sampai rumah.
14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.
15.Solat bila ada masalah.
16.Solat bila orang di sekeliling solat,kalau tidak
buat tak tahu aje.
17.Solat sebulan sekali.
18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya
aidil fitri.
19.Solat seumur hidup sekali,itu pun disolat oleh
orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah
meninggal!!!
Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan
yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak
perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah
solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah
amalan-amalan yang lain. Jika tidak, maka gagallah
amalan-amalan yang lain.
Tidak gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, zakat,
haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.
Apakah kita sanggup menerima…. risiko kegagalan
tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan
terhadap orang yang meninggalkan solat.
Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih
Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan
sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya
termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika
hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib
dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan
isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita
dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat
di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah
dengan menjaga kekusyuk-kannya, bacaannya serta
rukunnya serta mengambil wudhu’ secara sempurna
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita
memperbaiki solat kita