Buasir atau haemorroid yang diikuti dengan kerandangan kepada masalah usus perut, kolon, rektum & anus, merupakan perkara yang sering dialami oleh segelintir individu. Buasir ialah pembengkakan di salur rektum yang menyebabkan pendarahan & sakit saat membuang air besar. Ianya boleh berlaku baik kepada lelaki mahupun lelaki.
Apabila salur vena di dalam rektum membengkak, akan keluar bonjolan yang akan menyebabkan masalah kepada saluran rektum yang mendatangkan pelbagai komplikasi kronik. Kebiasaannya, penghidap buasir akan merasa tidak selesa, sering mahu buang air besar, perit, gatal pada bahagian dubur & diikuti dengan pendarahan apabila membuang air besar.
Buasir bpleh dikategorikan dalam 2 jenis, yang pertama ialab buasir dalaman. Buasir dalaman merupakan pembengkakan yang berlaku di dalam salur rektum. Buasir jenis ini selalunya tidak akan menyebabkan penghidapnya berasa sakit, namun hanya akan disusuli dengan pendarahan saat membuang air besar. Ianya berlaku di dalam salur rektum atau usus yang paling dalam & akan sembuh dari masa ke semasa. Buasir jenis ini tidak membahayakan kesihatan, Cuma apabila tidak dirawat ianya akan menyebabkan pembengkakan kekal yang akan berkembang menjadi kanser yang membawa kepada masalah lain.
Buasir yang kedua pula ialah buasir luaran. Buasir jenis ini pada umumnya akan tumbuh diluar atau sekitar rektum. Buasir ini sering dikaitkan dengan kesakitan, rasa nyilu, pedih & sakit apabila bergesel & saat membuang air besar. Sekiranya tidak dirawat, buasir luaran ini akan membesar & menyebabkan pendarahan sepanjang luka terbuka.
Penyakit buasir pada dasarnya berpunca daripada duduk terlalu lama, meneran ketika najis kering & sembelit, cirit-birit, duduk mencangkung terlalu lama, batuk yang teruk, kehamilan & terlalu mengangkat barang berat. Selain itu, pemakanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan buasir yang teruk disebabkan oleh usus perut tidak dapat mencerna makanan dengan baik. Apabila usus tidak mencerna dengan baik, maka akan datangnya sembelit yang menyebabkan keradangan pada salur usus & menjadi buasir.
Secara umumnya, perawatan buasir tidak memerlukan rawatan rapi. Kebanyakan pesakit buasir akan sembuh dari masa ke semasa. Bagi buasir yang kronik pula, perawatan adalah bermula daripada menyingkirkan punca sehingga ke akar umbi. Sekiranya buasir tersebut membebankan kehidupan seharian pesakit, maka pembedahan kecil untuk membuang pembengkakan akan dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah pembedahan seperti menyingkirkan sepenuhnya bahagian yang bengkak, menjahit sehingga kawasan bengkak tersingkir secara semulajadi melalui perkumuhan & juga menggunting bahagian usus yang mengalami buasir kemudian dijahit untuk menghentikan pendarahan. Untuk mengurangkan rasa ngilu & mencegah jangkitan pula, pesakit akan diberi ubat antibiotik & ubat sapuan untuk sakit buasir luaran.
Begitulah serba sedikit mengenai penyakit buasir. Ianya bukan sesuatu yang ganjil, kebanyakan individu akan mengalami buasir samada kronik atau tidak. Segala-galanya bermula daripada amalan anda kerana secara majoritinya, ramai yang menghidap buasir disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, dinasihatkan agar anda mengamalkan pemakanan yang sihat & semoga hidup lebih sihat sejahtera.