Hujung tahun selalunya adalah waktu bercuti paling ideal untuk mereka yang berkeluarga. Maklumlah, pada zaman ibu dan ayah bekerja, waktu cuti sekolah selalunya menjadi waktu kesemua ahli keluarga dapat meluangkan masa bersama.
Walaubagaimanapun, kos bercuti sekarang tidak murah. Walaupun kos untuk tiket kapal terbang dan bilik hotel tidak banyak berubah, kos makan dan harga tiket masuk ke tempat tarikan sudah jauh berubah.
Kalau dulu tiket masuk ke zoo negara tidak sampai RM 10, sekarang sudah sekitar RM 40 seorang. Mereka yang berkeluarga besar pastinya mengelak masuk ke sini sebab harga tiketnya sudah terlampau tinggi.
Untuk anda yang berkeluarga, cara terbaik untuk masuk ke tarikan sebegini — tak kira samada zoo, taman tema atau pun muzium adalah untuk membeli tiket secara online.
Dan tempat terbaik untuk mendapatkan harga paling murah untuk tiket online ialah di JomJalan.com. Laman ini membandingkan harga tiket untuk tarikan di Malaysia dan juga beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Singapura dan Thailand.
Jadi kalau anda teringin melawat ke Singapura dan masuk ke taman tema utamanya, iaitu Universal Studios Singapore (USS), anda disarankan ke JomJalan dulu. Dengan nilai ringgit yang susut, setiap sen yang dijimatkan cukup berharga.
Untuk ke USS contohnya, harga tiket di kaunter ialah sekitar RM 240. Tapi kalau anda ke JomJalan dan membeli tiket secara online, anda boleh mendapatkan tiket yang sama pada harga hanya RM 216. Itu belum lagi tarikan seperti taman tema air Adventure Cove yang boleh anda dapati di bawah harga RM 100 ( harga asalnya sekitar RM 120).
Pendek kata, ini tempat yang wajib anda tuju dahulu sebelum anda bercuti.
Kalau anda mahu bercuti dalam negara, pun masih banyak diskaun yang boleh anda dapatkan. Kita ambil contoh Langkawi.
Untuk trip island hopping, banyak harga yang ditawarkan. Kalau di Langkawi, anda perlu membayar sekitar RM 60. Tapi dengan JomJalan, anda boleh menaiki bot dan melawat Tasik Dayang Bunting dan lain-lain tempat dengan harga tidak sampai RM 30 (bergantung kepada waktu anda datang).
Diskaun juga ada untuk aktiviti lain seperti menaiki kereta kabel ke gunung Mat Chinchang, menikmati aktiviti snorkeling di Pulau Payar ataupun melihat ikan di Underwater World.
Rugi untuk mereka yang berkeluarga kalau pergi bercuti tanpa melalui laman JomJalan.com. Dengan laman ini anda boleh mendapatkan tiket yang sama, pengalaman yang sama, pada harga yang jauh lebih rendah.
Kesimpulannya, tak kira di mana anda bercuti, samada di dalam atau luar negara, wajib untuk anda rebut peluang untuk berjimat. Dan laman di atas adalah antara tempat terbaik untuk mencari diskaun tiket termurah yang ada.
Selamat bercuti!
Salam Cahaya & Kawan-Kawan. 🙂 jika berminat bole Dapatkan “SG City Tour 1-Day Package” from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS/SingaporeZoo/SEA Aquarium dll) All at %Discount Price! bole hubungi saya – Agent SG & JB , let’s visit SG soon 🙂 #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86