Allah….. Sebutlah Allah… Nama penciptamu yang paling indah. ALIF LAM LAM HA ALLAH, Tuturkan kalimah ini, tuturkan lafaz-lafaz rindu pada Tuhanmu. Basahkan lidahmu dengan zikrullah sesungguhnya berzikirlah untuk ketenangan jiwa dan mengisi rohanimu yang sudah lama kekosongan.
keresahan hatimu itulah yang tidak diingini maka ubatilah dengan berzikir kepada Tuhanmu semoga Allah membantumu dalam urusan lemahnya imanmu, membantu gerak-gerimu supaya bergerak mengikut kehendaknya.
Bimbinglah hatimu supaya sentiasa berdegup dalam degupan iman, supaya darah yang menjadi elok tidak tersekat… Zahirkanlah keimanan dan ketaqwaanmu kerana engkau adalah muslim yang soleh lagi bertaqwa jangan biarkan dirimu rosak dek arus zaman yang tidak semolek dulu. Peganglah pada ajaran islam yang suci murni dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. kelak kejayaan yang akan diperoleh. Peganglah pada Allah kerana Dia adalah segala galanya. Dialah yang memegang hati setiap insan …
Adakalanya engkau akan berasa sedih, Adakalanya engkau merasa resah dan adakalanya engkau akan gembira atau mengalirkan air mata secara tiba-tiba. semua itu adalah dari Dia yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu… Oleh itu ingatilah Dia… gerakkan hatimu dan bibirmu untuk menyebut dan mengingatinya setiap saat dalam hidupmu supaya engkau tidak lalai.
Kerana disaat kesusahanmu, di saat itulah Allah akan mengingatimu dan pertolongannya akan segera muncul untuk membantu.. Percayalah wahai insan soleh…. Tuhanku dan tuhanmu dan tuhan semua manusia adalah Dia yang maha memahami dan belas kasihan. Maka mintalah pada dia dan jangan sesekali pun engkau berputus asa daripada rahmat dan kurniaannya.