≡ Menu

Cara Memastikan Kuku Kelihatan Cantik Dan Kemas

Para Lelaki dan wanita khususnya haruslah mahir mengawal imej diri terutamanya mereka yang bekerja. Antara anggota badan yang harus dijaga rapi ialah kuku kita.Walaupun menjaga kuku kelihatan seperti kerja yang remeh-temeh,selepas muka,gigi dan mata,kuku merupakan perkara yang ke-5 paling kerap dilihat orang. Tips hari ini tiada kaitan dengan manicure, pedicure ya!

Antara Cara Memastikan Kuku Cantik dan Kemas:

1. Elakkan dari menggigit jari anda.  Bakteria dari kuku akan masuk melalui mulut dan boleh menyebabkan sakit perut dan penyakit lain.

2. Gunakan berus khas untuk kuku.  Berus itu haruslah tidak terlalu kasar dan terlalu lembut. Berus ini penting terutamanya untuk mereka yang selalu suka gigit kuku.

3. Sapukan mosturizer pada bahagian sekitar kuku. Ini untuk mengelakkan dari kulit di bahagian kuku mengering dan tergantung.

4. Elakkan dari menggigit, menarik atau memotong bahagian kulit yang tergantung itu. Bakteria akan masuk dalam bahagian bawah kulit tersebut dan akan kelihatan buruk. Ini antara sebab anda harus gunakan mosturizer.

5. Pakai sarung tangan ketika membasuh pinggan dan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi. Ini untuk mengelak dari tangan menjadi kering dan tidak bermaya.

6. Selalu potong kuku bila kuku panjang. Ini untuk mengelak dari kuku patah dan situasi anda tercakar orang. Jangan lupa unutk menggunakan fail kuku!

– Sumber

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment