≡ Menu

Masalah Dan Allah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
mengadu masalah dengan Allah, cara selelai masalah

Setiap orang pasti ada masalah, masalah yang mana kita kadang-kadang merasakan kita lemah untuk menghadapinya. Tapi… apa rahsia disebalik segala masalah yang kita tempuhi sejak kita semua lahir di muka Allah yang luas ini. Bak kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi .

Tetapi walaupun kita tahu bahawa semua masalah ini ada hikmahnya masih ada lagi yang merasa menyesal, mengeluh dan tidak redho dengan masalah yang diterima. Ada pula yang sanggup mengutuk Allah! Dan mempersoalkan mengapa dia yang harus hadapi semua cobaan dan rintangan ini… Ingatlah… kita diuji hanya sebentar didunia. Semua ujian diberi hanya mengikut kemampuan masing –masing .

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Allah tidak zalim. Allah sayang hamba-hambanya. Allah mahu kita kembali kepadanya… tetapi ada segelintir yang makin jauhkan diri dari Allah !! Misalnya ada diantara kita yang mencoba menghilangkan sesuatu masalah itu dengan membuat perkara mungkar yang dilarang oleh agama islam sepertinya menceburkan diri ke Disco, pub, minum arak, berjudi malah ada yang langsung meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam..

Siapakah yang zalim? kita… atau Allah azzawajallah? yang sentiasa menanti dan merindukan dambaan kasih dari hamba-hambanya.

Allah mahu kita mengadu segala masalah, rintihan, dan tangisan kita kepada Allah. Apabila kita makin hampir kepada Allah, secara tidak langsung Allah akan menaik dan menambah darjat kita disisinya. ketahuilah bahawa segala masalah pasti ada penyelesaiannya. kembalikanlah senyum, tawa dan gembirakan kita. Masalah bukan penghalang untuk dekat kepada Allah … Insyaallah..

AizaFasya

0 comments… add one

Leave a Comment