≡ Menu

Tubuh Badan Wanita Dari Sudut Pandangan Lelaki

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Allah swt telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya adalah perempuan. Due to this, Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada kaitan dengan nafsu. Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ia ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman, mestilah menurut perintah Allah dan rasul-Nya serta meninggalkan larangan-NYA.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah symbol. Symbol apa? Everybody knows. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka, mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap inci bahagian pada bentuk badan seorang perempuan dapat dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal yang didorong oleh nafsu.

Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat ialah rambut wanita berkenaan. Maka, akan tafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itu, wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, mata lelaki akan menjalar ke bawah melihat bentuk lehernya. Maka, wajiblah wanita itu menutup lehernya. Mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya. Maka, wajiblah bagi wanita menutup payu daranya dengan melabuhkan tudungnya ke dada. Mata lelaki itu turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya. Maka,labuhkanlah pakaianmmu agar tidak terlihat bentuk pinggangmu yang ramping itu. Mata lelaki akan terus turun melihat pula bentuk punggungnya.

Maka, wajiblah bagi wanita membesarkan pakaiannya agar tidak terlihat bentuk punggung yang mampu membangkitkan nafsu jahat lelaki. Dan lelaki itu akan melihat pula bentuk pehanya. Maka, janganlah sekali-kali wanita memakai seluar atau kain skirt yang agak ketat sehingga terbentuk bentuk pehanya walaupun sedikit. Lalu, mata lelaki itu akan melihat pula bentuk kakinya. Maka, janganlah wanita itu berseluar kerana terus-terang dikatakan oleh pihak lelaki sendiri, walaupun wanita itu bertudung labuh, jika dia tetap memakai seluar walau nampak besar sikit, tetap mampu mengusik nafsu lelaki secara spontan. Apakah sebabnya? Tidak pula diketahui melainkan lelaki itu sendiri bisa mentafsirkannya.

Hakikatnya, sebaik mana pun seorang lelaki itu, mata lelaki ini memang nakal. Setelah tidak ternampak bentuk kakinya, akan dilihatnya pula kepada tapak kakinya. Maka, wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu supaya tidak berdosa atau dapat dosa free dengan menutup kakinya dengan melabuhkan kainnya atau memakai stoking. Digalakkan tidak memakai sarung kaki yang sama warnanya dengan warna kulit perempuan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Lelaki masih belum puas. Dinaikkan kembali matanya ke atas untuk melihat bentuk tangan wanita itu. Maka, tolonglah wahai muslimah! Labuhkanlah tudungmu menutupi bentuk tanganmu yang cantik itu pada pandangan lelaki yang tidak halal bagimu.

Maka, wahai lelaki! Janganlah sengaja melihat dan merenung kepada wajahnya yang ayu kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu ingin meminangnya.

Wahai muslimah,

Awasilah auratmu apabila keluar dari rumah kerana di situ letaknya kehormatan dirimu. Jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai. Wanita wajib menjaga maruah dirinya dengan berkelakuan sopan dan bertutur katalah dengan baik dan lemah-lembut supaya kamu mudah dikenal sebagai wanita alim, wara’ lagi mulia…

“Simpanlah kecantikanmu itu untuk dipersembahkan kepada suami dari malam pertama hinggalah ke akhir hayat.”

Pakaian mencerminkan peribadi!

Maksud firman Allah:

“Wahai anak Adam, kami telah turunkan pakaian kepada kamu untuk menutup aurat kamu dan sebagai perhiasan bagi kamu. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Demikianlah di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Semoga mereka menerima peringatan.” ( al-A’raf:26)

“Seorang wanita itu dihormati sejajar dengan apa yang dipakai”- Peribahasa

Akan tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar berseorangan, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

WANITA YANG TAHU MENJAGA HARGA DIRINYA TIDAK AKAN BINASA

– source http://hanan.com.my/hanan/print.php?sid=1559

0 comments… add one

Leave a Comment