≡ Menu

Kerana Aku Susah, Aku Harus Begini

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
kenapa aku hidup susah

Assammualaikum..

Demikianlah ungkapan seorang insan yang miskin iaitu

“Kerana Itu, Aku Harus Begini”. Siapakah si ”Aku”?

Dulu,

Aku hanya seorang yang miskin tidak berharta, tapi Alhamdulillah aku masih membesar hingga sekarang~

Dulu,

Aku hanya makan nasi berlaukkan kicap, tapi Alhamdulillah aku masih mempunyai rezeki untuk makan~

Dulu,

Aku tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan, tapi Alhamdulillah aku masih mempunyai pakaian untuk dipakai~

Keluarga ku bukan orang senang, tapi merekalah harta yang paling berharga. Keluarga ku tidak kaya, tapi mempunyai mereka ia sudah lebih dari cukup. Sesungguhnya dengan Allah S.W.T aku bergantung harapan dan memanjatkan doa.

Jika kita bersyukur dengan apa yang dimiliki, ia sudah memadai untuk membuat rasa bahagia. Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sekarang,

Aku sudah besar dan berazam untuk membantu keluarga.

Aku belajar tinggi-tinggi bukan kerana pangkat, tapi ia hadiah untuk keluarga,

Aku hanya mahu melihat keluarga ku bahagia dengan izin-Nya..

Kerana sebab itu ”aku harus begini, aku harus berusaha selagi nafaz tak terhenti”

Moga2 Allah mengampuni dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami…..

Kesimpulannya si ”Aku” ingin menyatakan di sini bahawa hidup tidak semestinya selalu susah. Tapi tidak juga terlalu senang. Hiduplah besederhana agar kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

Berusaha selagi boleh. Jangan tengok hasil dulu, tapi tengoklah usaha yang dilakukan. Moga usaha itu diredhai oleh Allah. Yang lebih penting, kita mempunyai Allah :) Ingatlah Allah setiap saat bukan disaat memerlukan pertolongan sahaja.

Alhamdulillah untuk segalanya ^^, Marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..Amin..

Nukilan artikel: S.E.A

0 comments… add one

Leave a Comment